Tabung Belajar

Thursday, 26 January 2012

Cara-cara Romantik (Versi Kelakar)

Kali ni aku nak break jap tulis pasal cinta cintun ni..asyik-asyik cinta je .entri kali ni aku nak tulis pasal cara-cara nak jadi romantik..Yang ni khusus untuk laki je.saje nak tukar mood. aku rase la 99.99% pompuan suke laki yang romantik x kira la pompuan tu orang kampung ke, bandar ke, afrika ke..done cukup bagi contoh.

Tapi kadang-kadang orang laki ni x sedar diorang ni x romantik.so,kalau korang rasa korang x brape nak romantik, meh bace aku punyer entri ni..nak try pon boleh..


(1) Beri bunga

Cop..jangan salah paham lagi.x abis cakap lagi..maksud aku bagi pasu bunga..asal nak kasi pasu bunga??ye la..korang kasi la pasu bunga dan suruh la awek korang tu bercucuk tanam. Sihat dan jimat.nanti korang xyah la beli bunga sokmo(perkataan trg)  kat dia.ambik bunga kat situ je.



(2) Ambik berat awek

Mengambil berat jugak romantik pe.cuba sekali-sekala korang ambik berat sungguh-sungguh awek korang. bukan sekadar bertanya khabar je tapi catitkan berat badannya lepas makan, baru betul ambik berat.



(3) Pandai buat kejutan

pompuan memang suke kalau orang laki buat kejutan kat diorang.so, senang je,ajak la pergi funfair..pastu masuk la rumah hantu.kompem awek korang akan terkejut.nak sangat kejutankan... :)



(4) Pandai memuji

Pandai bermadah helah.wanita gemar laki yang pandai memuji-muji ni. jadi untuk mengorat ataupun mengelak pergaduhan silalah cuba untuk belajar menipu.walaupun awek korang hodoh x cantik, puji je la.



amacam..romantik x tips ni..penat aku lukis kartun ni kalau korang cakap x romantik..sedih giler.tapi aku rase xder orang yang akan ikot tips ni.sekadar berhibur je la.

p/s: sape rase romantik, tolong la komen :)



Sunday, 22 January 2012

Tips atasi kesedihan putus cinta

Aku ingat x nak kasi tips pasal cinta buat sementara waktu ni..dah bosan.sampai orang dah panggil aku doktor cinta..ha3..lambat lagi gelaran tu..dan aku x minat nak jadi doktor ni..tapi baru dua ari lepas kawan  pompuan aku ngadu baru putus cinta..so, nak xnak kene la tulis gak entri ni..nak suh kasi reda sikit hati kawan aku tu..(baik gak aku ni).. :)

mule-mule kapel baik je..pijak semut x mati.tapi dah bosan tinggal camtu je..sian kat kawan aku.dasar buaya manusia xder perasaan..hahahaha..macam aku pulak yg baru brake tu..emo semacam je..ok la.xnak panjang cite..meh nak kasi tips sikit..


(1) Bakar segala memori anda bersama dia

aku x tau la betul ke x..tapi orang cakap kalau dah bakar sume gambar dengan dia tu,dapat kurangkan sakit hati..cuba la..



(2)  Luahkan perasaan kat kawan atau haiwan kesayangan

Luahkan perasaan anda kat kawan anda atau haiwan kesayangan anda..macam kawan aku buat.baru putus trus mesej aku ( sory aku xkasi kau call sebab aku x suke dengar orang nangis)..luahkan segala perasaan anda kat diorang..mungkin hati korang lebih tenang.




(3) Lakukan aktiviti yang korang suke

sibukkan diri korang dengan aktiviti yang korang minat..cara ni dapat lupekan dia tu dengan cepat..kalau pompuan bese nyer kalau dah stress, asyik shopping je..tapi bagus la..boleh jugak kurangkan stress korang kat dia tu..




(4) Nangis la sepuas hati korang

yang ni aku rase xyah explain xper..kompem korang tau kan..pompuan bese nyer kalau dah putus cinta  3 hari 3 malam nangis x berhenti..



so,harap entri ni dapat kurangkan sikit tangisan sia-sia korang tu..xder makna kenangkan orang yang dah x suke kite.nanti jadik macam entri aku yang sebelum ni..

p/s: harap entri ni dapat buat kawan aku gelak sikit..x mau sedih-sedih..... :)



Friday, 20 January 2012

cinta atau menyampah

Entri kali ni aku x sure nak klasifikasikan pasal entri cinta atau entri @#$%^...sebab ape??korang bace je la nanti.malas nak explain.So, aku kasik hint la sikit.x bez la kan mula-mula entri terus masuk tajuk. korang penah tak, kalau suke kat someone tu asyik teringat je kat dia..x pon asyik mesej je.kalau si dia tu x balas, korang akan call.sampai la korang puas hati..cuba angkat tangan sape yang boleh diklasifikasikan camtu??

not bad la..ramai jugak.so, kali ni aku tulis entri pasal kebodohan yang korang sering lakukan kalau korang suke kat someone..asal aku buat entri ni..sebab ramai sangat aku tengok, kalau korang suke kat minah atau mamat ni, korang sanggup memperbengong memperbodohkan diri korang sendiri.. :)


(1) Sanggup tukar imej nak suruh si dia perasan kehadiran korang

sikap ni yang paling bodoh jika korang suke kat someone ..jangan la sampai nak pegi tukar imej korang..be yourself la..ni bukan je imej yang tukar, sampai ke name tukar.adoi..



(2) Marah orang yang korang minat sebab kuar dengan orang lain

ni yang sikap yang paling bodoh yang korang akan lakukan kalau dah obses dengan someone..korang x malu ke marah orang yang xder hubungan dengan korang sebab dia kuar dengan orang lain..



(3) Asyik tanye pasal orang yang korang minat je

korang x kesian ke si mangsa yang korang tanye tu..dia tentu muak dengan soalan korang..x pasal-pasal boleh naik menyampah..



(4) Sanggup share kedit kat si dia yang korang minat

yang ni paling teruk..nak nyer nampak korang ni baik sangat sampai sanggup habiskan kedit pegi share kat si dia..ingat si dia akan call korang balik ke..haram la nak call.



so,korang mesti paham kan maksud entri aku kali ni..aku bukan nak cakap kat sape-sape.cuma nak bagi nasihat je.jangan la buat perkara diatas kalau dah suke sangat kat someone tu..kalau dah minat sangat,cakap je korang minat kat dia..abis cite.harap xder orang terasa baca entri ni..entri ni bukan untuk pompuan je..laki pon same.


p/s: entri ni bukan untuk menghina tapi untuk bagi nasihat...harap korang x salah sangka.




Sunday, 15 January 2012

Tips Elak Kena Ragut (Versi Kartun)

helo..xnk panjang2 cite..kali ni aku nak direct je cite pasal entri kali ni.ok sape kat sini penah kene ragut..cuba angkat tangan nak kire..yang laki pon xper kalau nak angkat.anggap la sebagai sokongan..ramai nyer yang kene ragut..korang rase asal korang ni kene ragut??

Kenapa anda kene ragut?
(A) saje2 suh peragut pegi ragut
(B) menunjuk sangat
(C) dah takdir

korang jawab la sendiri..aku xnk tolong..so,aku nak kasi tips kat korang camne nak elakkan dari kene ragut.satgi kompem korang x kene ragut lagi.kalau jadi la tips ni, tolong sebarkn kat orang lain..(dengan nada berlagak)..


(1) Kempit dompet bawah ketiak

Kebiasanya peragut suka ragut orang yang bawak beg tali..so,cara senang x payah bawak handbag..kepit bawah ketiak dah cukup..macam mak cik-mak cik kat kampung..



(2) Bawak cek berpalang atau pun kad kedit


cara ni pon berkesan gak..korang bawak je kad kedit time nak beli belah.senang kan..dua dalam satu.x kene ragut n x berat nak galas handbeg..



(3) Selit duit dalam beg plastik sampah


mungkin anak muda xkan gune care ni..kompem la.malu beb.pegi shopping bawak benda alah ni..so,cara ni korang gune je kat kampung.kompem xder orang heran..



(4) Bawak dua handbag


cara ni agak berkesan jugak..bawak je dua handbag.nanti peragut tu akan kompius.kompem x jadik ragut.yang ni dua dalam satu gak..nampak kaya cikit bawak dua handbag n buat peragut kompius..tapi jangan la bawak handbag yang mahal-mahal..




ringkaskan entri kali ni..tapi xper.ringkas pon penuh makne..tak gitu kak tipah??


p/s: meragut adalah satu dosa.x berkat makan duit ragut..ha3..macam pakar motivasi plak..