Tabung Belajar

Thursday, 12 April 2012

Single Itu Best Part 1

Hahahaha..tetibe je gelak.entri kali ni aku nak cite pulak kelebihan status single ni.korang tau tak ape maksud single?kalau nak tau,single ni maksud dia carik la sendiri..dua ari lepas,kat wall facebook aku penuh orang cakap pasal cinta la ape la..pasal bez kapel la.(aku pon tak terkecuali)..hahahha

Yang aku pelik pulak, ari ni ramai pulak yang post pasal bez jadik single.aku pon tak paham la dengan korang ni.yang mana satu korang minat?? single atau pon kapel..so,tak nak panjang cite.aku nak bagi sikit sebab asal single ni bez..kalau tak caye,jom bace entri ni :)



(1)Fokus lebih kepada belajar
Pasti susah bagi korang yang tak pandai nak bahagikan masa bercinta dengan belajar.tapi untung kalau korang single.tak payah pikir pasal cinta lagi..belajar dulu..macam aku,kalau nak bercinta kene blajar betul-betul dan baru boleh sibuk-sibuk nak kapel.hahahaha



(2)Piza untuk sarapan??

Katakan pada diri kita..who care??pakwe takder nak marah kalau badan korang dah berisi.Tak perlu hipokrit untuk ambil hati pasangan korang dengan diet.buang masa je..tu kalau diorang betul-betul suka kat korang.tapi ade jugak orang cakap,kalau kapel ni,pasangan tu boleh bagi semangat.hahaha,depend la



(3)Jimat wang
Tolak tepi dulu hal nak beli hadiah kat makwe atau pakwe korang kalau tengah gaduh semata-mata nak pujuk diorang.Hidup single dapat bantu korang simpan duit lebih untuk buat benda yang korang minat..kedit pon tak la sampai beratus sebulan kan..tapi nak try gak.hahahaha



(4)Lebih banyak masa bersama rakan
Masalah yang sering aku dengar kalau dah kapel ni,kawan-kawan slalu kene tinggal sebab nak date dengan korang punyer pasangan.Best hidup single sebab korang boleh lepak dengan kawan korang tanpa ada orang jeles..ramai jugak aku tengok,kalau dah pasangan tu jeles sangat,kawan karib kita pon dia marah kalau nak kuar..hahahahah


ok la..ni je entri aku kali ni..bahagian dua aku sambung lain kali la pulak.tapi ni ikut pendapat aku la kan.jangan la pulak marah ape aku cakap ni.ni sekadar perkongsian.tapi kalau korang dah kapel ti,jage la dia dengan baik..kalau nak dia hormati anda,hormati la dia :)

p/s:  single atau kapel memang ade keistimewaan masing-masing.bergantung pada korang punyer cara nak
       handle..peace


Sunday, 8 April 2012

Tips atasi kesedihan putus cinta Part 2

Semalam baru je ABPBH dilangsungkan.kompem ari ni bersepah nak nak update pasal benda tu.ok la.entri kali ni memang aku tak nak update pasal benda tu sebab semalam aku tak tengok pon rancangan tu..hahaha.pelik tak??aku tak tau pon sape yang dapat hadiah dan sape yang tak??Tapi semalam aku sempat tertengok time aaron aziz, maya karin dan lisa blakon cite ombak rindu sikit..sian kat lisa.entri ni khas untuk anda mila a.k.a lisa.hahahha

So,hari ni aku nak bagi tips cara atasi putus cinta yang part  2 punyer..entri lepas aku dah kasik separuh.ni aku nak kasik sparuh lagi..

(1) Jangan hubungi pasangan korang
jgn hubungi ex korang buat sementara waktu
Jangan call,sms,e-mail,skype,myspace,facebook atau semua benda la yang boleh menghubungkan korang dengan korang punyer ex tu. Biarkan benda tu berlalu camtu je.Tapi jangan la korang putuskan persahabatan..Kadang-kadang aku tengok ade jugak lepas brake,terus jadi musuh..adohai.


(2) Jangan biarkan diri korang bersendirian
kuar dengan kawan-kawan
Korang mungkin juga perlukan masa untuk bersendirian tapi aku rase la kan,maybe elok kalau korang ditemani oleh sape-sape yang terdekat ke..Bagi aku la kan,kalau korang sentiasa berseorangan,korang lagi cepat stress sebab takder orang nak bagi sokongan kat korang..




(3) Pukul punch bag
gua nak hilangkan stress!!!
Hahahahaha..kalau sape-sape yang ade punch bag tu,pukul je sekuat hati.ni bagi orang yang stress la pasal cinta.mungkin akan dapat kurangkan tekanan korang.tapi jangan pulak lepas tu,korang pegi pukul ex korang..




(4) Sibukkan diri korang
sibuk nyer
Dalam mana-mana drama yang aku penah tengok,lepas putus cinta atau cerai ke..diorang mesti buat banyak keje untuk lupakan ex diorang.aku rase cara ni pon berkesan jugak sebab time korang sibuk dengan keje tu,korang akan tumpukan pada keje je..tapi jangan la sampai seksa diri.lepas buat keje tu,keje ni pulak.tak pasal-pasal korang yang sakit.. :)

hahahah..sebenarnya entri ni bukan aku tulis untuk mila a.k.a lisa.tapi untuk kawan fb aku.aku harap dia cepat-cepat la kembali aktifkan fb dia.aku dah lama tak chat dan komen status dia..I already waiting you for a thousand years..hahahaha.(biar baru 5 hari pon)

p/s:cinta ibarat pokok bunga.kalau kita siram dan jaga dia dengan baik,bunga tu takkan layu dan takkan
     pudar warnanya..tapi bunga juga akan pudar dan layu kalau terlalu jaga dengan baik :)

Tuesday, 27 March 2012

Cinta Itu Buta?


Entri semalam tu cuma pembuka selera je sebab dah lama tak update.dah lama aku tak tulis pasal cite cinta..hahaha.takder idea nak piker pasal cinta time ni.sibuk dengan exam.so,skrang aku dah free dari exam tu..ok la.tak nak cakap panjang-panjang..entri kali ni aku nak kembali merapu pasal cinta pulak..sebelum aku sambung, aku nak tanya sapa yang pandai-pandai cakap cinta itu buta??

(a) James brooke
(b) Albert einstein
(c) Korang sendiri

Aku heran la,apasal orang cakap cinta tu buta?cinta tu ada mata dan perasaan ke..bagi aku cinta tu satu benda abstrak yang ada dalam diri manusia (macam ayat ahli falsafah)..hahahaha..cuba bayangkan kalau cinta tu buta camne…..

ni cinta buta??

Ni pendapat aku la kan..aku rase orang yang cakap cinta itu buta ada problem sikit.bagi aku cinta tak buta.kita yang telah dibutakan oleh cinta atau pon kita yang buta sebab tak pandai nak hargai cinta yang sedia ada..lepas frust mula la nak fitnah kat cinta (ada jugak main fitnah cinta)

Kalau cinta tu buta, mungkin la aku rase takder orang yang kekal lama hubungan cinta dia.sebab ape??sebab kalau cinta tu buta, cinta tak dapat nak satukan manusia kan.tapi yang paling penting ingat pencipta kita..cinta pencipta kita dulu baru cinta pada orang lain..baru hubungan korang kekal lama..tak gitu? Dan kalau cinta itu buta,ada ke orang nak buat camni kat makwe dia..

will you marry me??

Betul tak apa aku cakap?kita sendiri yang menentukan sama ada cinta itu buta atau tak..korang jangan salahkan cinta lagi ye lepas ni..ok la..aku rase aku pon tak sure ape yang aku tulis ni betul ke tak.tapi ni pendapat aku je.jangan salah faham.kalau ada yang terasa aku mintak maaf la.. :)


p/s:bagi aku cinta tu tak buta..dia takder mata la..lagi satu kalau korang cakap cinta tu buta pegi la operate mata dia…biar cinta bersinar dalam diri korang

Monday, 26 March 2012

Aku Dan Patung Beruang

Comel nyer tajuk entri aku kali ni..hahaha.ari ni genap sebulan aku rase tak update blog.ok.hari jugak aku dah abis final exam untuk sem 2..kejap je dah abih.ari tu awal-awal baru masuk sem 1.sambung balik…aku ingat hari ni nak enjoy jap kat mcd je.tapi tetibe je mase exam tadi dapat ilham nak tulis entri baru..

Cuba teka camne aku bleh dapat ilham.tadi last paper akaun.tetibe je otak jadik blurr.pastu entah camne aku boleh mengelamun..hahaha.ade ke patut aku pegi mengelamun pasal patung beruang aku yang lame-lame tu.tapi rindu la pulak kat diorang (apasal kat diorang)..nak dijadikkan cite tetibe je pengawas yang jage tu ketuk meja aku..tergamam aku.kacau betul la..baru nak masuk alam fantasi kanak-kanak.


So,ari ni aku just nak cite pasal patung beruang aku time kecik-kecik.maybe la entri ni macam kebudak-budakan sikit.tapi biar la..jadik kecik best ape..tak payah exam,tak payah keje..yang penting bangun,makan, tido dan main je keje time budak-budak.



nama dia wook


Ni gambar patung beruang aku..comel x.nama dia wook..pelikkan.macam nama anjing.aku pon xtau camne aku boleh kasik nama camtu.ni mak cik aku yang kasik patung ni.patung ni banyak keistimewaan..bukan stakat comel(bagi aku)..tapi dia ni gak bleh buat tabung.time kecik-kecik duit aku simpan dalam badan patung ni la..hahahaha..lawak.tapi duit ketas je la.kalau syiling tak tido malam la aku asyik bunyik syiling je..


Hahahaha…ade orang cakap laki tak boleh main patung beruang nanti jadik mak nyah pondan..pandai-pandai je sape yang cakap tu.aku jadik laki jugak.tak der kaitan mainan dengan benda tu sume..tapi kat rumah aku berlambak patung beruang ni.yang kakak aku kalau dah tak nak campak je benda ni kat bilik aku.kira macam stor la.hahaha..

ok la..sampai kat sini entri aku kali ni.kalau korang ade patung beruang yang comel post la kat mane-mane agar aku bleh tengok (kat mana nak post??)..ni aku nak tunjuk sikit flashback patung beruang aku dari generasi dulu hingga sekarang..




Generasi Pertama
kabu
yang ni pon pelik nama.apasal kabu pon aku tak tau..tengok dah koyak dah dia.dah lama aku jaga..at least, ada rupa patung jugak..

Generasi Kedua
iba
penah tengok tak patung ni..pikir betul-betul.kalau tak silap aku la, patung ni la yang muncul time berita nak mula-mula start.

Generasi Terbaru
toti dan semek
yang ni patung yang paling baru kakak aku letak kat bilik aku..nama dia semek dan toti..muka samakan.macam adik beradik.kompem korang gelak apasal nama dia semek.hahaha..entah la.gua tak pandai nak jawab.sape la kasik nama tu kat dia.


P/s:kenangan kecik-kecik memang best.especially kalau benda tu boleh buat kite hilang stress kalau pikir balik.macam aku..lepas fikir pasal patung beruang aku yang lame-lame trus bleh jawab exam..